ENTRY KHAS !!
28.01.2017 ~ 13.40 UTC +1.00
(Germany)
🇩🇪🌨
☃️
(Germany)


Bersyukur kerana masih dikelilingi insan-insan yang sentiasa memberi sokongan dalam pelbagai bentuk samada semangat,motivasi,nasihat,tenaga,harta dan doa yang berpanjangan.. Aku yakin dengan perjalanan hidup aku ini walau bukan seperti yang aku rancangkan. Namun perancangan Yang Maha Kuasa itu tiada sedikit pun kelemahan dan kesilapan.. Sebagai manusia dan hambaNya, aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Bersyukur dengan dimana aku berada sekarang.. Tanpa semua insan-insan ini, mungkin aku tiada disini, di tahap ini pada masa sekarang..
Untuk keluarga, terima kasih dan sayang aku titipkan kerana telah banyak berkorban, telah banyak usaha yang dilakukan sepanjang aku bergelar mahasiswa.. Tanpa doa dan restu ibu bapa,adik-beradik, aku bukan sesiapa pada masa ini.. Aku tak mungkin akan berada di keadaan selesa ini sekarang.. Inshaa Allah Oktober 2017 menjadi bulan teristimewa untuk diriku dan keluarga..
Untuk pensyarah-pensyarah dan staf-staf UniKL MITEC , jasa didikan dan pertolongan anda semua hanya Allah yang dapat membalasnya kerana terlalu bnyak ilmu dan asuhan yang dicurahkan.. Bantuan dalam mengharungi dunia mahasiswa sepanjang 3.5 tahun ini sangat saya hargai dan doa saya untuk anda semua,teruskan mendidik anak bangsa bumiputera kita..
Untuk guru-guru pendidik di Smk Belara, alhamdulillah saya telah sampai sejauh ini.. Walaupun bukan menjadi kebanggaan sekolah, saya bersyukur dan berterima kasih kerana telah diberi didikan dan kesempatan untuk membentuk diri menjadi seorang yang tak mudah berputus asa dan sentiasa nekad dalam mencapai matlamat.. 7 tahun membesar di SMK BELARA, 6 tahun berdikari di asrama, membuat saya mengenal erti hidup berjauhan deangan keluarga,dan berdiri atas kaki sendiri.. SMK BELARA adalah permulaan dalam liku-liku kejayaan saya. Harapan saya, semoga semua guru-guru,bekas-bekas guru SMK BELARA terus istiqamah dalam mendidik adik-adik generasi seterusnya menjadi modal insan yang berketerampilan dan berkaliber pada masa depan..
Untuk kawan-kawan seperjuangan di universiti dan sekolah, terima kasih atas dorongan dan sokongan semua.. Saya mendoakan rakan-rakan akan terus berjaya dan mencapai matlamat masing-masing.. Pesan saya, biar kita selalu jatuh untuk mengenal erti kesusahan dan terus bangkit agar kita merasa nikmatnya kejayaan.. Semoga usaha kita semua membuahkan hasil kejayaan dalam hidup yang masih jauh perjalannya ini.. Doaku sentiasa bersama kalian..
Untuk adik-adik yang bergelar pelajar, semoga adik-adik semua teruskan niat belajar dengan bersungguh-sungguh dan tunaikanlah harapan ibu bapa,keluarga, dan para pendidik. Tiada apa yang lebih menggembirakan mereka selain melihat anak-anak,pelajar-pelajar mereka berjaya dalam hidup dan menjadi insan yang dapat menyumbang kepada agama,bangsa sendiri dan negara..
Terima kasih buat semua, teruskan doakan untuk kejayaan saya dan kita semua dunia dan akhirat..
"There ia no elevator to SUCCESS, you have to take the stairs" - Zig Ziglar
"No matter what happens, No matter how far you seem to be away from where you want to be, NEVER stop believing that you will somehow make it" - Les Brown
-Sang Musafir dibumi asing-
No comments:
Post a Comment